... Setelah popular dengan lagu MOVE IT...I LIKE TO MOVE IT style lautan India pada part 1, Madagascar : Escape 2 Africa, kali ini kembali dengan keharmonian hidupan liar di Afrika Selatan, pengajaran yang lebih jelas untuk kanak-kanak...
SIAPA kata Orang Putih tak pandai memaparkan sifat2 positif kepada kanak-kanak ? Selain produksi daripada animasi, teknik, perwatakan, suara latar, etc memang bagus sekali...sudah tentu anda dan kanak-kanak tertarik dengan filem ini.
Terbukti produksi kali ini menarik sekali untuk kanak-kanak...dari segi :
1. Sifat Cendiakawan
Alex dan Marty tetap berganding bahu sebagai kawan...walaupun berselisih faham, akhirnya kembali memahami isi hati kawan sejatinya...Begitu juga kawan berempat yang sama2 berkongsi kehidupan bersama...
2. Kekeluargaan + pengorbanan
Binatang pun tahu sayang anak...hmmmm itulah teladan daripada filem ini, kasih sayang kepada anak tetap kekal selama-lamanya, walaupun Alex sudah besar, ibunya tetap mengenalinya, bapa pula sanggup korban nyawanya demi anak...scene permulaan : Anak Singa dan Bapa Singa sangat terharu apabila anak diburu oleh MANUSIA yang tidak tanggungjawab...kadang2 terfikir, kita suka membela binatang...memisahkan kehidupan ibubapa binatang dengan anak2nya...
3. Kasih Sayang + Percintaan
Cinta tiada batasan...scene yang paling kelakar apabila Melmen, girafah yang tinggi lampai menyintai seekor badak gemuk, Gloria, ...akhirnya kesampaian juga pada part II ini...maka Moto Moto ditinggalkan walaupun sama spesis. Namun bukan mudah diluahkan jika tidak memahami antara satu sama lain....begitu juga percintaan Kapten penquin yang sukakan anak patung hawai sehingga membawa ke majlis perkahwinan memang kelakar...tetapi "percintaan tidak ada batasan" seperti juga kehidupan manusia
4. Perpaduan + Kerjasama
Berpasukan Tanpa keegoaan + kepandaian + penipuan Kapten penquin dan kawan2 sebinatang sudah tentu mampu memusnahkan empangan air oleh Orang New York untuk kegunaan binatang...memang penting untuk sesuatu kejayaan...Kejayaan akan wujud dengan kerjasama pelbagai spesis binatang pelbagai watak, perangai, style...akhirnya bersatu hati menawan musuh
5. Keharmonian dalam kehidupan
Manusia hidup cara manusia...binatang hidup cara binatang...apabila dicampuraduk...maka wujudlah masalah seperti pemburuan, kematian, kesakitan binatang liar, menyedih sekali....begitu juga sekumpulan pelancong di Afrika...hanya ingin melancong melihat kehidupan lain akhirnya menganggu ketenteraman eskosistem...Memang tepat sekali dengan SIL 5 " YA BIAT BIAN SAT LORK DUAI KAN"
Sekian dahulu...sesiapa yang telah berseronok dengan The MuSical High School 2, BangKok Dangerous, Race Death, James Bond 007 dan sebagainya...Jangan lupa tonton film ini...sangat BAGUS ...


